siapa kata cinta datang dan pergi
siapa kata sahabat itu selamanya
siapa kata keluarga itu kekal
cinta itu manusia
sahabat itu manusia
keluarga itu manusia
kau bagitahu aku,
kalau kau jatuh terlalu dalam
ke lubuk hati dia
dan dia jatuh terlalu dalam
ke gaung hati kau
datang dan pergikah cinta?
kau bagitahu aku,
kalau kau dan sahabat tak sehaluan
dia tak melihat dunia
sebagaimana kau lihat dunia
dan dia kata
kau jauh berubah
kau dah lain dah
kau salah
selamanya kah sahabat?
kau bagitahu aku,
kalau kau membesar menjadi
manusia yang ikut impian hati
berbanding impian klise anak muda
"masuk universiti, kerja jurutera, beli rumah, jadi kaya"
atau
kau pasang niat
untuk bertukar agama
atau arah hidup
kekalkah keluarga?
manusia itu manusia.
siapa kita untuk kata
cinta itu tipu
sahabat itu akan sentiasa ada
keluarga tak akan tinggalkan kita.
copy paste dari kapasitor.net, ditulis OLEH: EFFY_LNDG