Sunday, 13 December 2015

Peralihan Fasa

Di penghujung 2015, masa yang sesuai untuk mengumpul segala kenangan setahun. Dikelaskan ke beberapa kategori, antaranya kategori manis, pahit mahu dilupuskan atau kategori mahu disave di pendrive kenangan selamanya.

Aku kira diusia 23 tahun ini, usia peralihan (untuk aku la) dari seorang pelajar ke seorang pekerja. Ya, fasa yang aku sedang hadapi yang memang mencabar segala kudrat diri ini. Dulu, senior ku selalu berkata,'engkau akan rindukan zaman belajarmu nanti bila engkau sudah terjebak dalam alam pekerjaan.' Ya, aku rindu separuh mati zaman itu.

Aku rindu saat perlu berjaga malam untuk siapkan assignment. Aku rindu saat malas nak bangun pegi kelas. Ya, aku rindu saat perlu study untuk test dan kuiz. Dan yang paling aku rindu, bersama manusia-manusia yang sentiasa gila bersama dan yang menjadi tempat luahan hatiku.

Di peralihan fasa lain, aku seperti perlu merubah diri ini. 'I want you to be mature and after I told everything, no more gentle reminder, straightly I will screw you if you make mistake.' Di fasa yang aku kira percubaan untuk menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi Lydiaizna ini, adalah fasa yang amat getir. Ya, sebelum aku melangkah ke kota yang manusianya hanya berjalan dan berehat semasa tidur malam sahaja ini, sudah aku pasrahkan nasibku ke-Ilahi. Memohon diberi kemudahan.

Seterusnya, seperti buku subject Theory of Structure, setiap helaian atau setiap hari aku belajar benda yang baru. Walaupun honey comb, rebar dan reinforced concrete itu aku sudah lama kenali namun tidak pernah aku menyentuhnya secara fizikal. Aku gemar ke lapangan namun aku kurang bijak dalam membaca lukisan yang gridline nya tiada. Aku gemar berjumpa dengan manusia lain namun aku kurang mengerti copper tap di I-beam untuk apa.

Tika ini hanya aku perlukan kekuatan yang luar biasa untuk aku kuat dalam menjalani kehidupan aku di kota manusianya kurang prihatin dan untuk aku kuat dalam menjawab setiap pop kuiz yang diberi pengurus yang cukup besar serta untuk aku kebalkan segala pemberian Tuhan ini agar aku dapat bertahan. There's something good behind all this hardness. Aku pegang itu sekarang dan aku pegang,'Susahnya aku tika ini adalah senangnya aku kemudian hari.

-SS-