Monday 28 November 2016

Adakah Kita Akan Berkawan Hingga Tua?

Aku seorang yang berzodiak Taurus dan lahir di bulan April. Mengikut kata metafizik orang yang lahir di bulan empat itu seorang yang sangat setia dan sangat mementingkan kawannya. Aku setuju. Kerna aku seperti itu. Dari zaman sekolah rendah yg dimana aku hanya ada seorang sahaja rakan baik, namanya H. Rakan baik yang dibawa ke rumah, tidur bersama dan juga ada adegan mandi bersama (ketika aku usia 12 tahun dan sampai sekarang aku fikir bangang nya nak mandi sama-sama konon macam umur 5 tahun). Namun, menginjak sekolah menengah, jarak antara kami mula berubah walaupun kami satu sekolah cumanya berlainan kelas. Masih mengekalkan kunjung- mengunjung namun ianya seperti masih ada halangan antara kami. Sekarang, kami hanya berteman di muka buku. Langsung aku tidak punya number phone beliau dan paling aku rasa terkilan bila beliau kehilangan ayah melalui Facebook yg dimana aku dan kedua org tua ku juga mengenalinyak. Adakah aku yang dianggap rakan tidak berguna? hanya kerna aku tidak tinggal di muar tapi boleh saja aku ke rumah nya. tapi pasti, awkward akan berlaku dimana sudah bertahun tidak berjumpa mahupun ber hai di laman sosial. Kepada H, aku doakan ayahmu berada dikalangan oragn beriman dan Syurga buat nya. Terus kuat kerna kau anak sulung. Jagalah ibu dan satu-satunya adik lelakimu. Semoga Allah memberi kebahagian buat mu sekeluarga.

Sekolah Menengah pulak, aku specific kan ke menengah atas dimana rakan "buddies" ku yang mula kami rapat pada usia 16 hingga sekarang. Kami bersepuluh dgn 5 lelaki dan 5 perempuan. Allah terlalu sayang kan Nurul Fateha dan tinggallah kami bersembilan. Sewaktu, Allah uji aku dengan kehilangan rakan baikku Teha, bebuddies lah tempat aku mengetahui segalanya. Syamim, Fikri, Arif, Atikah.. merekalah yg sentiasa update dengan ku keadaan Teha di ICU sehingga ke pengurusan jenazah arwah dari hospital hingga ke kubur, mereka bersama. Bebuddies yang lelaki sama- sama bersembahyang jenazah dan tika bersama mummy dan akak sbg wakil kpd aku. Aku diketika itu di UMP dan punya dua hari sebelum final exam paper Hydraulic. Paper itu aku dapat D kerna aku hanya study secara totalnya pada malam sebelum final selepas keluarga ku datang ke UMP untuk memberikan ku kata-kata semangat. 

  

Alhamdulillah, kesemua bebuddies berjaya dalam pelajaran dan dalam kerjaya masing-masing. Aku dan syamim, pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dan aku sbg project coordinator di site bangsar, syamim pula bekerja di consultant. Rauf, juga pemegang ijazah kuatiti bahan dan bekerja di ampang. Isma, pemegang ijazah kejururawatan dan bekerja di subang jaya medical centre sbg nurse. Tika juga pemegang ijazah sains komputer dan skrg trainee TM di johor. Arif, pemegang diploma jurusan perniagaan skg dlm proses temuduga bekerja kerajaan. Fikri, juga pemegang diploma yg aku tak ingat jurusan beliau dari UniKL JB. Skrg pun dah bekerja. Hafiz, juga pemegang diploma kualiti bahan dan beliau mengorak langkah bekerja dahulu dalam kalangan bebuddies. Andai, Teha masih bersama kami, pasti beliau juga pemegang ijazah kerna sewaktu arwah meninggal pun, beliau mmg telah ditawarkan melanjutkan degree dlm jurusan surveyor. Aku sayang mereka. Mereka terlalu berharga dalam hati ku. Selalu aku doakan persahabatan kami hingga tua. Tapi aku tau dan dpt rasakan yg persahabatan kami sampai tua. 

Diusia yg semakin dewasa dan kekangan dengan kerja, aku akui yg hubungan dengan rakan baikku dari zaman matrikulasi bersama hingga zaman universiti dimana kami ditakdirkan satu kos yang sama menjadi sangat jauh. Jauh yang sampai aku tidak tahu beliau sudah bertunang. Hakikatnya, aku mengetahuinya di Facebook setelah sepupu beliau tag dia. Ya, sekali lagi aku tidak diberi tahu secara langsung akan hari bahagia mu. 3 hari sebelum hari bertunang beliau, aku mengucapkan selamat hari lahir buat beliau. Adakah payah utk typing di whatsapp sewaktu aku mengucapkan hari lahir mu dgn ayat ini,'saya akan bertunang pada....' adakah susah? atau kau mengandaikan aku akan ke sana? atau hakikat buat secara dalam keluarga sahaja. Sungguh aku tidak suka akan dengar atau mengetahui hakikat dari orang lain atau dari medium lain. Mahu tahu jujur aku terasa hati. Terasa hati kerna aku sayang akan persahabatan kita namun spt ianya sudah semakin jauh. Dan spt aku perlu bersedia yg kita tidak akan spt dulu. Pasti, kau akan dalam perancangan hari bahagiamu bersama lelaki yg kau pilih. Ya, ketahuilah mungkin kau hanya akan mengenang kenangan ketika baik bersama sahaja. dan seterusnya pada usia 25 tahun dan keatas, binalah kenangan manis secara tiada aku dalam kenangan mu dan tiada kamu dalam kenangan ku.

Kehidupan aku di kota konkrit ini benar- benar mengajar aku erti berdikari sendiri secara totalnya. Istilah kawan/ rakan itu benar-benar bullshit kerna tiada mereka sewaktu aku dalam kesusahan malah dalam aku senang juga tiada mereka.Sehingga aku minta kepada Tuhan, bawalah aku ke tempat yang aku dapat mencari diri ku lagi dan berjumpa dengan mereka yang menghargai aku. Keluargaku, Buddiesku dan seorang yang bernama S.. itulah yang berada dalam di hatiku. Mereka tidak pernah sekali pun tinggalkan ku walau aku berada di atas dan dibawah fasa kehidupan ku. Aku penat Tuhan berada di kota ini. Tidak pernah sekali  pun aku berhenti berharap dan meminta agar Kau berikan aku rezeki ditempat aku atau "Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat"- Surah al-Mu'minun 23:29.



Sunday 13 December 2015

Peralihan Fasa

Di penghujung 2015, masa yang sesuai untuk mengumpul segala kenangan setahun. Dikelaskan ke beberapa kategori, antaranya kategori manis, pahit mahu dilupuskan atau kategori mahu disave di pendrive kenangan selamanya.

Aku kira diusia 23 tahun ini, usia peralihan (untuk aku la) dari seorang pelajar ke seorang pekerja. Ya, fasa yang aku sedang hadapi yang memang mencabar segala kudrat diri ini. Dulu, senior ku selalu berkata,'engkau akan rindukan zaman belajarmu nanti bila engkau sudah terjebak dalam alam pekerjaan.' Ya, aku rindu separuh mati zaman itu.

Aku rindu saat perlu berjaga malam untuk siapkan assignment. Aku rindu saat malas nak bangun pegi kelas. Ya, aku rindu saat perlu study untuk test dan kuiz. Dan yang paling aku rindu, bersama manusia-manusia yang sentiasa gila bersama dan yang menjadi tempat luahan hatiku.

Di peralihan fasa lain, aku seperti perlu merubah diri ini. 'I want you to be mature and after I told everything, no more gentle reminder, straightly I will screw you if you make mistake.' Di fasa yang aku kira percubaan untuk menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi Lydiaizna ini, adalah fasa yang amat getir. Ya, sebelum aku melangkah ke kota yang manusianya hanya berjalan dan berehat semasa tidur malam sahaja ini, sudah aku pasrahkan nasibku ke-Ilahi. Memohon diberi kemudahan.

Seterusnya, seperti buku subject Theory of Structure, setiap helaian atau setiap hari aku belajar benda yang baru. Walaupun honey comb, rebar dan reinforced concrete itu aku sudah lama kenali namun tidak pernah aku menyentuhnya secara fizikal. Aku gemar ke lapangan namun aku kurang bijak dalam membaca lukisan yang gridline nya tiada. Aku gemar berjumpa dengan manusia lain namun aku kurang mengerti copper tap di I-beam untuk apa.

Tika ini hanya aku perlukan kekuatan yang luar biasa untuk aku kuat dalam menjalani kehidupan aku di kota manusianya kurang prihatin dan untuk aku kuat dalam menjawab setiap pop kuiz yang diberi pengurus yang cukup besar serta untuk aku kebalkan segala pemberian Tuhan ini agar aku dapat bertahan. There's something good behind all this hardness. Aku pegang itu sekarang dan aku pegang,'Susahnya aku tika ini adalah senangnya aku kemudian hari.

-SS-

Friday 24 January 2014

manusia itu manusia.

siapa kata cinta datang dan pergi
siapa kata sahabat itu selamanya
siapa kata keluarga itu kekal

cinta itu manusia
sahabat itu manusia
keluarga itu manusia

kau bagitahu aku,
kalau kau jatuh terlalu dalam
ke lubuk hati dia
dan dia jatuh terlalu dalam
ke gaung hati kau

datang dan pergikah cinta?

kau bagitahu aku,
kalau kau dan sahabat tak sehaluan
dia tak melihat dunia
sebagaimana kau lihat dunia
dan dia kata
kau jauh berubah
kau dah lain dah
kau salah

selamanya kah sahabat? 

kau bagitahu aku,
kalau kau membesar menjadi
manusia yang ikut impian hati
berbanding impian klise anak muda
"masuk universiti, kerja jurutera, beli rumah, jadi kaya"
atau
kau pasang niat
untuk bertukar agama
atau arah hidup

kekalkah keluarga?

manusia itu manusia.
siapa kita untuk kata
cinta itu tipu
sahabat itu akan sentiasa ada
keluarga tak akan tinggalkan kita.

 copy paste dari kapasitor.net, ditulis OLEH: EFFY_LNDG

Tuesday 31 December 2013

Selamat Tinggal 2013... 2014???

semakin meninggi usia masihi
semakin tua dunia bumi ini
semakin meninggalkan kenangan lepas
semakin usiaku juga meningkat

2013... ketawa, sedih, gembira, duka
tahun yang ku kira guru terbaikku
kehilangan seseorang
siapa berada disekelilingku
siapa berada bersamaku disegala hal
ye... aku dapat segala jawapannya di tahun 2013

azam???
adakah telah sempurna segala azamku???
apa hasil yg ku peroleh utk 2013, 2012... tahun sebelumnya???
apa???

2014...
impian semua manusia utk menjadi yg terbaik
terbaik dari sebelum- sebelumnya
pada aku
tiada azam, tidak bermakna kau manusia tdk berwawasan
tiada azam, tidak bermakna kau tdk boleh berjaya
dan sebelum berazam
ukur dulu azammu itu
takut dirimu sendiri lelah, tidak berdaya
mengejar, menyempurnakan azam yg tinggi menjulang

Mahuku...
2014... tahun kejayaan pointer yg tinggi sikit :)
2014... tahun aku mahu akan abang ipar
2014... tahun aku mahu berpunya... *tengah blushing

Happy New Year :)


Wednesday 23 October 2013

Gen Y dan Gen Z

Salam... Hi
Kerajinan utk menaip setiap huruf adalah kerana tekanan dlm minggu ke 7 bila test, assignment datang bertimbun dan bertingkek-tingkeknya. 'Eh, come on la... tak student la kalau tak stress'. Dari aku first year sampai 3rd year ni aku pegang ayat ni. Hakikat sebenarnya utk buka buku, bukak notes... gila liat... 

Main point adalah sebab pada hari rabu, 23hb 10, jam 7.45 pm, datanglah Miss A ( coursemate ) ke bilik aku. Atas sebab nak bagi borang survey dan sambil menyelam minum air, dia pun melepak sekali dekat bilik aku. Bercerita pasal dia orang jawa selangor dan tetiba.... 
"korang tau, budak-budak yg lahir zaman sekarang dah dikategori generasi Z", kata A. Kami,"eh, serius???"
A,"yelah, lahir-lahir je budak-budak tu  ipad, tab dah ada. Zaman kita yg generasi Y ni, ada semua tu masa kita lahir?".

Once miss A make up this thing, terus sesi diskusi bermula. Aku sebenarnya pun tak tau macam mana aku ni boleh tergolong dalam Gen Y, parents tergolong dalam Gen X,W, V dan sebagainya. dan ini contoh yg diberi roommate aku, D mengenai Gen-gen ini :
HANDPHONE
Gen X : Mak ayah kita tahu, ada akan benda alah ni pada usia diaorang akhir 20-30 an. Ayah aku ada handphone masa umur dia 46. 
Gen Y : Kita tahu, ada dalam usia 11-12 tahun. 
Gen Z : huekkkk... hueekkkkk... 'welcome to this world. ok, we'll take your picture and post it on fb/twitter/ insta. vid on your born pun kita dah upload dekat keek'. celik je mata budak tu, benda pertama yg dia nampak adalah flash kamera 360.

see??? Gen Y kata Miss A, zaman dimana teknologi still develop, masih lagi dicipta but Gen Z which all those things dah ada buat generasi diaorang jadi pasif, tak proaktif, malas nak mencipta. Anak-anak gen y masih lagi main congkak pakai guli tapi budak-budak gen z, main congkak dalam tab. sikit sentuh jari dgn guli pun tak. kalau boleh usha keadaan sekeliling skrg ni, ada korang nampk bebudak memain basikal tgh2 hari buta??? ada budak2 main tenteng ptg2 dkt depan rumah??? kalau dibuat survey, entah-entah boleh dibilang dgn jari. Pasal apa semua ni berlaku??? Pasal budak-budak skrg tgh hari sibuk main PES tak pun XBOX. Ptg2 pulak sibuk main game dkt ipad. Rafiq, 5 tahun dah tak de dah nak main-main basikal ptg2. sibuk main kill zombie dekat tab sampai aku ajak mkn jejemput ikan bilis pun dia tak nak.

Bercerita tentang gen Y dan teknologi ni, kami berdiskusi, masing-masing mengemukakan pandangan. Rata-rata kami mendapat first phone pada usia 12-13 tahun dan puratanya nokia 3310 yg sekarang ni budak-budak Samsung S4 dgn Iphone kata apa, boleh dibuang ke longkang. Zaman kami, itu dah cukup paling advances sepanjang hidup dekat muka bumi ni tau. Sapa yg dah ada handphone tu dianggap rare sgt la tu. ada sorang kawan aku ni, form 2 tak de phone lagi, dia sanggup beli senyap-senyap dgn member aku lagi sorang ni. masa tu motorola je. tapi dia punya freaking desire nak handphone punya pasal. 1 of the reason yg  too freaking sbb masing-masing dah start turn on nak bercouple bagai, so without phone how come u can texting2, calling2 with the boy. Those things... I'm out of it. In terms of social networks, most of gen y start involved during 16-17 and above. Zaman tgh top masa tu, MySpace... Aku tak de la myspace tu sbb nanti keje nak ke cc je *Ciber Cafe. Start and Facebook masa aku dah masuk sebulan matrik, twitter masa cuti matrik. Tapi main point masa duration umur 18-19. budak sekarang ni... umur baru 10-11 tahun pun dah ada. belum lagi masuk bab status... rasa macam nak kasi pelempang sorang-sorang je.. post gambr entah pape... 

Roommate aku si D ade berkata,' i nak anak i, even u are gen z but u still kena tau main tenteng. sebelum breakfast, main congkak dulu dgn ayah'. Bab main congkak dgn ayah tu... fuuuhhhh... comel. melentur buluh biar dari rebungnya. didik anak-anak gen z ni biar ada jati diri. main-main juga tab tu, tapi ada masa tolong- tolong mummy dekat dapur, tau main congkak macam mana, tau petai, jering tu macam mana rupanye, khatam Al-Quran, tau lenggok berzanji macam mana, tau nak berpuisi dgn indahnya macam mna ... *itu anak aku la...

Dah penat... Mood Study tolonglah datang................

Friday 11 October 2013

Bersatu di sekeping kertas

Semua membantah akan kita bersama
Atas satu alasan...
kita berlainan keturunan
tapi tidak kah mereka tahu
dimata Tuhan, semua yg hidup didunia
sama sahaja... tiada yg berbeza

Ya.. kita ada perbezaan
kau dgn kehidupan lautmu
dan aku, sibuk dgn kehidupan daratku
tapi tujuan hidup kita didunia ini sama saja
memenuhi kitaran hidup alam
sehingga hujung nyawa kita

Kertas A4 nan putih penemu kita
walau didunia realiti tidak akan kita bersua
diciptakan manusia bernama Lydia
hanya disinilah kita bisa bersama


Paper cutting, mandarin self-access, happy couple... fish and monkey

Sunday 29 September 2013

Tak Tahu nak cakap apa...

Jgn kau tanya ke aku akan suka atau tak sang jejaka itu ke kau... bukan aku kembarnya yg boleh tahu perangai dia, bukan aku kenalan dia yg pernah menjadi geng dia. hanya kerana satu pertemuan dan sang jejaka yg memulakan teguran di laman sesawang buat kau, angau sampai bertanya soalan yg sama kpda aku iaitu 'sesuaikah aku dgn sang jejaka itu sbgai pasangan sejoli'. jawapan aku utk pertama kali, 'ye, amat sejoli'. dan kau menanyakan lagi soalan yg sama dan utk kedua kalinya jawapan yg sama juga. dan lagi.. dan lagi.. soalan yg sama kau tanya dan jawapan aku,'sungguh aku tiada jawapan untuk itu'. itu belum lagi kata bab kau menunggu sang jejaka di laman itu. sengaja kau tunggu utk mendapat tegurannya. bila dia tidak menghiraukan kau, kau mula resah, gelisah, mau saja kau terkam dia. jelas aku nampak simptom-simptom CINTA itu. ye... aku bukan bekas pesakit penyakit tu, tidak juga pernah merasainya. tidak patut juga aku mengkritik pesakit yg terkena penyakit itu tapi aku mula bosan kerna kau amat dan teramat mengharap dia smpai kau mula mempersoalan tentang fizikal kau dan segalanya. come on, he's not the only guy in this world. pada aku, kau dah cukup pakej untuk menjadi gadis pujaan kerna bila kau berjalan, kau tak sedar ramai mata-mata sang jejaka yg lirik memandang kau. konklusinya, jodoh itu datangnya dari Allah, bersyukur jika Dia jauhkan kau dgn sang jejaka itu kerna dia mungkin bukan yg terbaik utk kau.

Aku tahu kau dan dia berpasangan dan itu pun bukan dari ikhsan kau sahabatku utk memberi tahu akan berita kau sudah didekati sang kumbang. tahu dari hasil penyelidikan sendiri dan secara tiba-tiba kumbang kau mengikuti aku di laman burung itu. bertahun juga aku mengikuti kau berdua di situ dan bertahun jgk aku membaca ayat-ayat rosalinda kau berdua. sungguh satu kesilapan BESAR aku mengikuti kumbang kau. pernah aku mahu meluahkan di situ agar kurangkanlah atau berhenti dri ayat romantis kalian tapi aku fikir kau sang bunga, antara org yg aku sayang dan antara org yg sentiasa bersama disegala waktu, aku backspace semula ayat itu... kesa ke tanda X dan... close tab penyudahnya.