Sunday, 29 September 2013

Tak Tahu nak cakap apa...

Jgn kau tanya ke aku akan suka atau tak sang jejaka itu ke kau... bukan aku kembarnya yg boleh tahu perangai dia, bukan aku kenalan dia yg pernah menjadi geng dia. hanya kerana satu pertemuan dan sang jejaka yg memulakan teguran di laman sesawang buat kau, angau sampai bertanya soalan yg sama kpda aku iaitu 'sesuaikah aku dgn sang jejaka itu sbgai pasangan sejoli'. jawapan aku utk pertama kali, 'ye, amat sejoli'. dan kau menanyakan lagi soalan yg sama dan utk kedua kalinya jawapan yg sama juga. dan lagi.. dan lagi.. soalan yg sama kau tanya dan jawapan aku,'sungguh aku tiada jawapan untuk itu'. itu belum lagi kata bab kau menunggu sang jejaka di laman itu. sengaja kau tunggu utk mendapat tegurannya. bila dia tidak menghiraukan kau, kau mula resah, gelisah, mau saja kau terkam dia. jelas aku nampak simptom-simptom CINTA itu. ye... aku bukan bekas pesakit penyakit tu, tidak juga pernah merasainya. tidak patut juga aku mengkritik pesakit yg terkena penyakit itu tapi aku mula bosan kerna kau amat dan teramat mengharap dia smpai kau mula mempersoalan tentang fizikal kau dan segalanya. come on, he's not the only guy in this world. pada aku, kau dah cukup pakej untuk menjadi gadis pujaan kerna bila kau berjalan, kau tak sedar ramai mata-mata sang jejaka yg lirik memandang kau. konklusinya, jodoh itu datangnya dari Allah, bersyukur jika Dia jauhkan kau dgn sang jejaka itu kerna dia mungkin bukan yg terbaik utk kau.

Aku tahu kau dan dia berpasangan dan itu pun bukan dari ikhsan kau sahabatku utk memberi tahu akan berita kau sudah didekati sang kumbang. tahu dari hasil penyelidikan sendiri dan secara tiba-tiba kumbang kau mengikuti aku di laman burung itu. bertahun juga aku mengikuti kau berdua di situ dan bertahun jgk aku membaca ayat-ayat rosalinda kau berdua. sungguh satu kesilapan BESAR aku mengikuti kumbang kau. pernah aku mahu meluahkan di situ agar kurangkanlah atau berhenti dri ayat romantis kalian tapi aku fikir kau sang bunga, antara org yg aku sayang dan antara org yg sentiasa bersama disegala waktu, aku backspace semula ayat itu... kesa ke tanda X dan... close tab penyudahnya. 

No comments:

Post a Comment