Wednesday, 23 October 2013

Gen Y dan Gen Z

Salam... Hi
Kerajinan utk menaip setiap huruf adalah kerana tekanan dlm minggu ke 7 bila test, assignment datang bertimbun dan bertingkek-tingkeknya. 'Eh, come on la... tak student la kalau tak stress'. Dari aku first year sampai 3rd year ni aku pegang ayat ni. Hakikat sebenarnya utk buka buku, bukak notes... gila liat... 

Main point adalah sebab pada hari rabu, 23hb 10, jam 7.45 pm, datanglah Miss A ( coursemate ) ke bilik aku. Atas sebab nak bagi borang survey dan sambil menyelam minum air, dia pun melepak sekali dekat bilik aku. Bercerita pasal dia orang jawa selangor dan tetiba.... 
"korang tau, budak-budak yg lahir zaman sekarang dah dikategori generasi Z", kata A. Kami,"eh, serius???"
A,"yelah, lahir-lahir je budak-budak tu  ipad, tab dah ada. Zaman kita yg generasi Y ni, ada semua tu masa kita lahir?".

Once miss A make up this thing, terus sesi diskusi bermula. Aku sebenarnya pun tak tau macam mana aku ni boleh tergolong dalam Gen Y, parents tergolong dalam Gen X,W, V dan sebagainya. dan ini contoh yg diberi roommate aku, D mengenai Gen-gen ini :
HANDPHONE
Gen X : Mak ayah kita tahu, ada akan benda alah ni pada usia diaorang akhir 20-30 an. Ayah aku ada handphone masa umur dia 46. 
Gen Y : Kita tahu, ada dalam usia 11-12 tahun. 
Gen Z : huekkkk... hueekkkkk... 'welcome to this world. ok, we'll take your picture and post it on fb/twitter/ insta. vid on your born pun kita dah upload dekat keek'. celik je mata budak tu, benda pertama yg dia nampak adalah flash kamera 360.

see??? Gen Y kata Miss A, zaman dimana teknologi still develop, masih lagi dicipta but Gen Z which all those things dah ada buat generasi diaorang jadi pasif, tak proaktif, malas nak mencipta. Anak-anak gen y masih lagi main congkak pakai guli tapi budak-budak gen z, main congkak dalam tab. sikit sentuh jari dgn guli pun tak. kalau boleh usha keadaan sekeliling skrg ni, ada korang nampk bebudak memain basikal tgh2 hari buta??? ada budak2 main tenteng ptg2 dkt depan rumah??? kalau dibuat survey, entah-entah boleh dibilang dgn jari. Pasal apa semua ni berlaku??? Pasal budak-budak skrg tgh hari sibuk main PES tak pun XBOX. Ptg2 pulak sibuk main game dkt ipad. Rafiq, 5 tahun dah tak de dah nak main-main basikal ptg2. sibuk main kill zombie dekat tab sampai aku ajak mkn jejemput ikan bilis pun dia tak nak.

Bercerita tentang gen Y dan teknologi ni, kami berdiskusi, masing-masing mengemukakan pandangan. Rata-rata kami mendapat first phone pada usia 12-13 tahun dan puratanya nokia 3310 yg sekarang ni budak-budak Samsung S4 dgn Iphone kata apa, boleh dibuang ke longkang. Zaman kami, itu dah cukup paling advances sepanjang hidup dekat muka bumi ni tau. Sapa yg dah ada handphone tu dianggap rare sgt la tu. ada sorang kawan aku ni, form 2 tak de phone lagi, dia sanggup beli senyap-senyap dgn member aku lagi sorang ni. masa tu motorola je. tapi dia punya freaking desire nak handphone punya pasal. 1 of the reason yg  too freaking sbb masing-masing dah start turn on nak bercouple bagai, so without phone how come u can texting2, calling2 with the boy. Those things... I'm out of it. In terms of social networks, most of gen y start involved during 16-17 and above. Zaman tgh top masa tu, MySpace... Aku tak de la myspace tu sbb nanti keje nak ke cc je *Ciber Cafe. Start and Facebook masa aku dah masuk sebulan matrik, twitter masa cuti matrik. Tapi main point masa duration umur 18-19. budak sekarang ni... umur baru 10-11 tahun pun dah ada. belum lagi masuk bab status... rasa macam nak kasi pelempang sorang-sorang je.. post gambr entah pape... 

Roommate aku si D ade berkata,' i nak anak i, even u are gen z but u still kena tau main tenteng. sebelum breakfast, main congkak dulu dgn ayah'. Bab main congkak dgn ayah tu... fuuuhhhh... comel. melentur buluh biar dari rebungnya. didik anak-anak gen z ni biar ada jati diri. main-main juga tab tu, tapi ada masa tolong- tolong mummy dekat dapur, tau main congkak macam mana, tau petai, jering tu macam mana rupanye, khatam Al-Quran, tau lenggok berzanji macam mana, tau nak berpuisi dgn indahnya macam mna ... *itu anak aku la...

Dah penat... Mood Study tolonglah datang................

No comments:

Post a Comment